Forum Pelajar

Ruangan forum ini disiapkan untuk para pelajar agar dapat memberikan pendapat tentang sesuatu topik yang diberi dan juga membidas serta menilai pendapat kawan tentang topik yang sama.

Friday, February 25, 2005

Berumah Tangga Pada Usia Muda

Dewasa ini, kian ramai pasangan yang mendirikan rumah tangga terdiri daripada mereka yang berusia muda remaja khususnya di dalam lingkungan usia 18 - 21 tahun. Apa yang lebih membimbangkan ialah rumah tangga pasangan-pasangan muda ini tidak bertahan lama. Antara jangka masa 6 bulan hingga 3 tahun.

Masyarakat pula amat prihatin tentang nasib anak-anak yang dilahirkan dari perkongsian hidup pasangan tersebut apabila rumah tangga tersebut runtuh.

Berikan pendapat anda.